Sunday, February 19, 2012

A B A H ! ! !

hai dan Assalamualaikum. hari nie hari ahad bersamaan  19/2/2012. HARI JADI ABAH!!! abah semoga panjang umur, murah rezeki, dapat naik pangkat, sihat selalu dan macam-macam lagi. thanks sebab jaga jaja dri kecil. thanks jaga anak-anak abah walaupon sume ade kenakalan masing-2, suka gado *ikut keturunan* thanks sebab bagi nama ANIS AFUZA, JAJA, SI KURUS, ISTERI POPEYE, SI PEMALAS dan macam-2 lagi. thanks jugak sebab abah dukung jaja waktu jaja pengsan. urut kepala jaja waktu jaja tgh pening gila-2. thanks sebab marah-2 jaja *ikhlas* thanks for everything, every moment, every love that you and mak give for me, for your son and daughters. sayang abah <3 sayang mak <3. kbai.


comel tak abah?? okey yang sebelah abah tuh emak, kat belakang mak tu iyah*tudung merah* sebelah tu jaja *pakai baju kelabu* sebelah tu ain *pakai tudung pink* sebelah tu kak ngah *pakai tudung purple* sebelah tu along *pakai baju biru* yang tak de dlm gmba nie nana. biase la budak asrama. thanks for kak azura yang buat suprise kat abah dgn kek tu. kek tu sedap sangat. thanks.

Tuesday, February 14, 2012

my fact!!

hai dan Assalamualaikum. okay sekarang nie banyak cerita / drama yang ambil dari novel. lagi-2 cerita cinta yang bila bace novel die boleh mengeluarkan air mata sebaldi ke setempayan ke, suka hati la. tapi aku segayung je. :D lain orang lain cara. sekarang yang dah keluar cerita dari novel ombak rindu, lagenda budak setan and so on. sekarang dekat astro prima ade cerita bicara hati. hihihuhukheeee... aku memang fans drama nie lagi-2 hero die syarnaaz. aawww!!! bile tgok cerita nie mesti mak/ayah/kakak dan adik beradik aku akan kata aku gedik. well biase la tu. cerita nie ade aura yang kuat sampai effect dekat aku. okay tu aku tak kesah. sebab aku gedik pon depan family aku, darah daging so tak haram. *aku rasa la* dan tadi dekat facebook ade satu note nie pasal novel bicara hati. ramai like termasuk la aku nie hah. ape kes kalau aku minat tapi aku tak like. lain la kalau aku benci tetibe aku like tu kes masuk air. then ade la comment kat bwah tuh. aku pon bace. mcm nie cerita die:

Perempuan A : Saya dah qatam novel nie lebih 15 kali dah. tanye je la bab ape sume,mesti lancar nye jawapan. :D
Perempuan B : Al-quran qatam bape kali?

that's it. aku tergelak-2 bila bace macam nie. first malu la kan. okey for the fact, Alhamdulillah aku dah qatam Al-quran sebanyak sekali. novel bicara hati, tak baca pon lagi. dan lagi satu novel 'andai itu takdirnya' dah qatam pon sekali juga. hurm tu jela. sekian. okay novel andai itu takdirnya memang aku menangis segayung la sampai abah masuk bilik ejek aku ' eee jaja.. bace novel pon nak nangis, tgok abah steady je ' urh abah tak bace lagi. kalau abah bace mesti abah nangis. tgok la. then aku hope novel nie jadi cerita la. kalau drama lame sgt nak tggu habis. tapi lama-2 nanti lagi best tapi lame-2 so lagi banyak maksiat mata akan berlaku. tu yang tak best tuh.  tu jellew. so pengajaran nye, jangan la bangga kalau dah baca beribu-ribu kali sebuah novel tu tapi bangga la kalau kita dah qatam Al-quran beribu-ribu kali dan fahami nya. kalau baca novel boleh nangis, baca Al-quran pon mesti la lagi lagi boleh kan!!! orang arab bace Al-quran sampai nangis-2 sebab dorang faham dan tu bahasa asal dorang. tapi kita, kalau tak fhm bce la translet punya. bole kan?? kbai :D

Friday, February 10, 2012

jodoh :D

hai dan Assalamualaikum. okay aku kenal A nie sejak aku masuk form 4. mule-2 aku memang tak faham dengan hidup dan sejarah A nie. boleh pening, pitam dibuatnye. bulan januari, kiteorang banyak masalah sesama sendiri. yang aku nie sush nak fhm, yang A nie suka buat aku lgi tak faham. so memang kiteorang complicated gila la. aku rase macam nak bunuh, nak bakar je A nie. aku rase frust sikit la waktu bulan nie. then mak suruh aku slowdown. jangan terus benci-membenci. sebab aku dengan A nie akan berkekalan lagi 2 tahun. means sampai aku habis sekolah * form 5* bile aku piki-2 balik, ape yang mak kata betul. sume betul. lagipon ini untuk masa depan aku jugak. dan kalau aku gagal susah nanti. then aku pon buat la macam mak suruh iaitu SLOWDOWN. aku berbaik dengan A nie. aku tanye orang macam mane sume. then baru aku faham dan dapat. masuk bulan februari, A dah mula baik dengan aku. A dah mula buat aku sayang, suka dekat die. thanks A. aku rase beban aku dah kurang sikit bila kiteorang dah berbaik. love you, A, muah-muah. aku harap jangan ade sesape yang kacau kegembiraan aku nie. aku dah okey dengan A nie pon aku dah rasa bersyukur sangat. kbai.






# heeee.... mesti korang nak tahu name penuh A tu kan. okay name penuh A ialah.........




















































*ADDMATH* :D
* sabar separuh daripada iman. aku belajar dari A. :D


mak o mak

hai dan Assalamualaikum. malam tadi sape tgok mohabbatein. okay jom hang out!! haha gurau je. waktu minum petang,mak cakap mcm nie ' jaja, tengok ade tak cerita hindustan malam nie? ' aku pon dengan rajin nya pergi la tengok. lpas tu aku ade nampak perkataan MOHABBATEIN so aku pon punya la excited bagi tahu mak. then mak cakap macam nie, ' hah, mohabbatein? cerita ape tu, best ke? ' aku pon rase macam nak nangis je cakap dengan mak. aku piki mak tahu cerita tuh. so aku cakap la ' laaa.. mak tak tahu ke tu cerita ape. hurm takpe malam nie mak tengok. cerita tu start pukul 9 so nanti mak tengok dengan jaja ea ' mak pon angguk. so malam tu dah prepare sume homework, konon nye nak buat depan tv la tu. tapi ape kan daya. hanya siap 3/4 je. okay la tu kan. aku buat waktu dorang tgh menari-2 bagai tuh dengan waktu iklan. then aku tengok mak aku lepak je, tak excited pon macam aku nie hah yang dah thu cerita nie pasal ape. lpas aku ckap kat mak ' mak, cepat la tengok nanti mak tahu la cerita nie macm mne.' then dgn selamba nye mak aku cakap macam nie ' ala malas la '  hurm aku pon tengok la sorang. lpas tu iklan aku pon pergi la cari barang kat bilik aku, fuuhh memang lama nak cari barang tu, last sekali aku jumpa bawah katil. haha pandai barang tu merangkak sendiri. then aku pergi balik dekat depan tv, aku nmpk mak tgh duduk. dlm hati aku cakap ' hurm, tgok pon ' bila aku duduk sbelah mak. rupe-2 nye mak tgh marking buku latihan. hurm hampeh betul. mak aku nie minat cerita hindustan yang lame-2 macam sangham. *tak tahu ejaan* mak pernah terangkan kan dekat aku pasal cerita nie. ' cerita nie best jaja. dulu mak suka tengok cerita nie. cerita nie pasal cinta tiga segi *haha, amboii* ade tiga orang kawan, 2 laki 1 perempuan. dua-2 laki nie minat dekat perempuan nie dan perempuan nie ade minat dekat seorang je lagi sorang tak. sorang laki nie pendiam sorang lagi peramah, die selalu ckp yg die suka perempuan nie. tapi perempuan nie minat dekat laki pendiam tuh. sampai kawin perempuan nie rahsia kan. dan laki pendiam nie pon rahsia kan. bila dah kawin baru terbongkar. waktu tu la sedih. mak tgok dulu nangis-2, nanti kau tgok ea ' hurm aku pon okay. kbai :D

sorry

hai dan Assalamualaikum. hei. awak niee,selalu buat saya rase bahagia dengan senyuman awak tuh. sebaik hensem, sebaik comel. tapi asal awak selalu bagi harapan dekat saya. awak teruk sangat bila awak rahsia kan semuanya dari saya dan saya dah tahu semuanya. awak suka die tapi disebabkan saya nie ade iras die, awak layan saya macam awak layan die. bila die dah datang balik kat awak sekejap je awak lupekan saya. awak biar kawan awak kacau saya. awak piki saya nie mainan ke hah, sampai bole past-2 dekat orang lain. saya bukan macam awak. boleh layan orang yang ade iras macam awak dengan senang je.macam awak buat dekat saya. tu memang saya tak bole buat. awak pernah cakap yang awak dengan die just kawan, tapi asal wall post sume lebih dari kawan. awak piki saya nie bodoh ke, senang sangat nak percaya macam tu je. saya tengok die pon saya dah tahu dah yang die suka sangat dekat awak. awak bagi harapan kat die dan dalam masa yang sama awak bagi harapan dekat orang lain jugak. hish jahat betul awak nie. tapi, sorry saya akan sentiasa ingat yang bukan saya punya. so saya nak mintak maaf kalau saya dah tak pandang muka awak lagi. sebab saya tak suka orang yang berperangai macam awak. -one night can change everything-
kbai. :D


*saya still senyum lagi

hey school, please don't killing me!

hai dan Assalamualaikum. okey semenjak sekolah start pada tahun 2012 nie, aku punye cara tido bak kate mak mmg unik. hee thanks mak skodeng jaja tido. :D hurm. yela kekadang menegak, kekadang melintang, kekadang curle, kekadang macam takde orang je tido kat bilik aku tuh sebab aku selubung dgn selimut so semua orang akan cari aku dkt bilik lain padahal aku dkat bawah selimut tu je. hee. pernah bila abang aku nak suruh aku buat keje, then die nmpk aku takde kat bilik, die suruh nana. haha cool kan. padahal aku kat bawah selimut. okay lepas dah tido pelik-2 nie, mak aku selalu kate 'kau try la tido secara normal sikit. at least, sedap mata memandang sikit. nie waktu tido pon nak buat gimnastik.' yela aku tido mcm tuh pon sebab kadang-2 tido lmbt, kadang-2 nak tido skejap je sebab keje skola tak siap lagi tapi tertido smpai pagi, kadang-2 atas katil byk buku, so tido dkat tepi-2 katil. lpas tu leher dah sakit sebab salah bantal. haha tu aku thu sebab kepala aku tido bukan betul pon. kejap tegak kejap senget, kejap timur kejap barat. sampai sekarang, aku still sakit lagi. kbai sekarang pukul 1.31 a.m, so its time for bed. kali nie aku akan tido betul-2 punye jgn risau. hee. kbai :D

Wednesday, February 1, 2012

merentas desa!!

hai dan Assalamualaikum. okey besok bersamaan hari khamis, skola aku ade larian merentas desa. huh memang betul-2 desa jalan die. tapi penat tuh macam aku lari dari kelantan pergi sampai johor then patah balik pegi melaka. macam tu la. gila penat tuh. kbai. :D

add x math equal to addmath :D

hai dan Assalamualaikum. okey tadi ade class addmath. haha kelakar la. cikgu addmath aku perempuan dan die punya cara bercakap macam adflin shauki. die buat lawak , die punya cara jalan, die punya senyum memang iras-2 adflin shauki, tu yang time class addmath aku tak tahan nak tergelak je. well klakar kan. pastu tadi die buat lawak sikit, aku gelak sampai habis waktu. dahsyat wooo!!! tapi faham la kan. ape-ape pon, terima kasih cikgu Adilah!! :D kbai.